Jumaat, 25 November 2011

.:. Power Pumping .:.


 Assalamualaikum wbt...

Nak share la info pasal Breast Feeding (BF) ni. Sejak pregnant aku memang dah bercita-cita nak BF anak aku sehingga umur dia 2 tahun. InsyaALLAH, aku BOLEH! So banyak perkara yg aku kena belajar. Macam-macam group dan forum aku join utk mendapatkan byk info tentang BF ni.

Hari ni aku dapat info mengenai Power Pumping (PP). Dapat lagi ilmu baru. So nak kongsikan dengan kawan² yg tak tahu lagi. Aku dapat pun dari satu group kat FB, pastu try search kat google terus dapat link blogger yg ada tulis artikel pasal PP ni. Ni dia artikel berkenaan PP tu.

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?


1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu - akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.


Macam mana nak buat Power Pumping?


Untuk Single pump - pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump - Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA...amin.


 InsyaALLAH, aku akan cuba cara ni nanti. Mudah²an berjaya.

Sumber dari: http://sereniety.blogspot.com/2011/03/power-pumping.html

Satu lagi info: http://www.mobimotherhood.org/MM/article-lms.aspx

Wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana! Jadikanlah "hasbunallah wa ni'mal wakil" (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung) syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda.
Terima kasih sudi membaca coretan saya.

0 komen kawan-kawanku:

Blog Widget by LinkWithin
 

.::. Yaniez Stories .::. Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template